CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 19, 2009

Kemahiran Asas

SESEORANG pemain bola keranjang memerlukan kemahiran seperti melontar , menangkap , dan menjaring. Dia juga perlu kemahiran kemahiran lain seperti ketangkasan, iaitu kebolehan bergerak dengan pantas ke sebarang arah termasukan melompat. Para pemain perlu bergerak tanpa rehat dari satu hujung gelanggang ke hujung yang lain, jika tiada hentian permainan sementara. Prasyarat yang mustahak bagi setiap pemain ialah daya tahan , kekuatan , kelembutan , ketangkasan , dan pelaziman untuk membolehkannya mengendalikan bola.
Untuk membolehkan seseorang itu menjadi pemain bola keranjang yang berjaya , dia hendaklah boleh bergerak dengan cepat , tangkas , pantas , dan mempunyai daya tenaga untuk melompat. Di samping itu dia juga perlu mempunyai pengamatan tentang ruang dan para pemain yang bergerak dalam ruang yang kecil.
Dalam permainan bola keranjang , terdapat beberapa jenis kemahiran yang perlu diperolehi bagi setiap pemain . Biasanya kemahiran-kemahiran ini dibahagikan kepada kemahiran permulaan , pertengahan , dan kemahirkan lanjutan . Kemahiran tersebut telah disusun mengikut perkembangan pengajaran yang lojik dan bukannya mengikut fungsi.
Kemahiran permulaan , iaitu kemahiran asas , amat diperlukan untuk membolehkan seseorang itu bermain bola keranjang. Kemahiran pertengahan dan lanjutan pula merupakan satu bahagian penting dalam permainan bola keranjang secara menyeluruh yang membolehkan pemain menghadapi lebih banyak jenis keadaan. Namun begitu , kemahiran permulaan tetap menjadi asa permainan di semua tahap kemahiran.
Oleh itu , dalam buku ini terdapat huraian tentang kegunaan bagi setiap kemahiran . Kemahiran-kemahiran itu sianalisis dan seterusnya diperkenalkan butir-butir untuk pengajaran dan pembelajaran .Setiap kemahiran disusuli dengan latihan yang sesuai . Semasa menghurai kemahiran tersebut , situasi permainan ulung dan yang diubahsuai juga disentuh yang menekankan pada situasi permainan yang dialami oleh pemain di peringkat awal pengalamannya.
Kemahiran yang memang diperlukan oleh seseorang pemain ialah menghantar , menangkap , dan menjaring bola pada jarak dekat dan jerak sederhana jauh. Di samping itu juga pemain perlu mempunyai kemahiran gerak kaki asas untuk mengawal bola.Walaupun kemahiran pertahanan amat penting dalam permainan bola keranjang,tetapi permainan boleh diadakan sebelum kemahiran pertahanan disampaikan kepada pemain berkenaan.

Faul


Walaupun pda prinsipnya bola keranjang bukan permainan memerlukan kontak badan , namun kontak ini berkemungkinan terjadi di sepanjang permainan. Jika berlaku kontak ,pengadil memberikan faul kepada permain atau pasukan yang berkenaan. Setiap faul yang dilakukan akan dicatat oleh pencatat.
Terdapat dua bentuk faul atau kesalahan dalam permainan bola keranjang,iaitu faul individu dan faul pasukan.

Faul Individu

Jika permain menolak, memegang, mengadang atau memukul pemain lawan, yang menghalangnya daripada meneruskan permainan atau membuat jaringan gol , ia disebut sebagai faul atau kesalahan individu. Seseorang permain tidak boleh dipersalahkan lebih daripada lima kali. Kali kelima pemain yang sama melakukan kesalahan , ia akan dipersalahkan dan tidak dibenarkan meneruskan permainan.

Faul Pasukan

Apabila sesebuah pasukan melakukan lima kesalahan dalam sesuatu tempoh permainan, sebarang kesalahan berikutnya ke atas lawan , pasukan berkenaan dipersalahkan. Denda ke atas kesalahan itu ialah dua lontaran percuma diberikan kepada pemain yang disalahkan.

Sunday, February 15, 2009

Tempoh Bermain


Permulaan untuk permainan bola keranjang ialah dengan lontaran bola di tengah-tangah gelanggang oleh pengadil. Caranya ialah dua orang permain, seorang daripada kedua-dua pasukan berdiri di tengah-tengah bulatan tengah gelanggang dengan kaki berada di gelanggang sendiri. Pengadil akan melambung bola ke atas di antara kedua-dua permain untuk direbut, Sebaik sehaja bola dilambung ,kedua-dua pemain ini akan berusaha menampar bola kepada rakannya. Mereka tidak dibenarkan menangkap bola daripada lontaran pengadil ini. Pemain-pemain lain hendaklah berada di luar seperuh bulatan masing-masing.