Lebih ramai peserta yang akan dilibatkan dengan program yang dianjurkan Persatuan Bola Keranjang Daerah Gombak.
Presidennya,Chin Wan Cheong berkata,selain itu pihaknya turut merancang untuk mengadakan acara yang lebih istimewa untuk menjemput Menteri Kesihatan,Datuk Liow Tiong Lai,pada program penutup bola keranjang anjuran persatuannya pada tahun depan.
"Kita lihat dalam program yang kita adakan baru-baru ini dengan penglibatan seramai 192 orang pelajar sekolah rendah termasuk menangah dari daerah Gombak juga amat memuaskan dan tidak mustahil jumlah ini akan meningkat pada tahun hadapan,"katanya.
Beliao berkata demikian selepas Program Kesihatan dan Pertandingan Bola Keranjang anjuran Persatuan Bola Keranjang Daerah Gombak bersama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia(LPKM).
Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif LPKM,Kamariah Mohd Noah.
Menurut Wan Cheong,program yang dijadikan acara tahunan pihaknya ini bermanfaat berikutan pelbagai latihan kemahiran bola keranjang ,bebanan,latihan aerobik,kelas teori,ujian kecergasan akan diadakan dalam tiga bulan berturut-turut sebelum pertandingan.
Welcoming Najib Statement
13 years ago
0 comments:
Post a Comment