CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 17, 2009

Bola Keranjang......Minat ke?

(Pasukan MSSD Gombak L15)

Bola Keranjang merupakan salah satu permainan yang amat popular di seluruh dunia.Di negara kita,walaupun ia pernah dimonopolikan oleh kaum cina pada sebelumnya;tetapi sejak kebelakangan ini,ia semakin diminati oleh kaum melayu dan kaum india.
Sejak tahun 1995,Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia(MABA) telah menganjurkan kejohanan peringkat kebangsaan sehingga sekarang untuk kaum-kaum bukan cina,iaitu Piala MABA/PETRONAS.
Selain daripada itu, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah juga mengalakkan pelajar-pelajar untuk menyertai permainan ini.Institusi,kolej,persatuan dan kelab telah menganjurkan pelbagai kejohanan untuk meningkatkan prestasi Bola Keranjang .






Friday, January 16, 2009

Bola



Bola untuk bola keranjang berbentuk bulat dan kebiasaannya berwarna oren dan diperbuat daripada getah atau sebarang bahan yang menyerupai getah. Beratnya ialah antara 600 – 650 gram, manakala ukuran bola itu ialah 75 – 78 cm keliling. Bola mestilah mampu melantun 1.2 meter apabila dilantun pada ketinggian 1.8 meter.

PAPAN JARINGAN DAN KERANJANG






Di hujung kedua-dua bahagian gelanggang didirikan papan jaringan bersama keranjangnya (basket). Papan ini diperbuat daripada kayu/papan atau bahan yang bersesuaian. Tebalnya ialao 0.03 meter. Bahagian depan hendaklah sama rata dan di warnakan putih. Saiz papan ini hendaklah 1.80 meter panjang dan 1.2 meter lebar. Manakala segiempat bujur kecil di dalamnya berukuran 0.59 meter panjang dan 0.45 meter lebar.
Tiang penyokong papan jaringan hendaklah 2.75 meter tinggi dan boleh menyokong papan jaringan serta keranjangnya.
Setiap keranjang hendaklah terdiri daripada jaring dan besi bulat (ring). Besi bulat hendaklah berdiameter 0.45m dari bahagian dalam besi itu. Jaring keranjang ini pula hendaklah dipasangkan pada besi bulat dengan 0.4 meter panjang atau tinggi.




Gelanggang adalah berbentuk segi empat tepat, permukaan yang keras dan bebas daripada halangan. Gelanggang bersaiz 28m panjang dan 15m lebar yang diiktiraf oleh Persekutuan Persatuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA), khususnya untuk kejohanan dan pertandingan Sukan Olimpik dan kejohanan dunia. Manakala untuk kejohanan lain walaupun mendapat kebenaran FIBA, gelanggang mestilah mempunyai ukuran yang kurang untuk panjang dan lebar tetapi tidak kurang 4m untuk panjang dan 2m untuk lebar. Gelanggang hendaklah mempunyai garis dan bulatan seperti yang diperlukan mengikut undang-undangnya. Jika gelanggang diadakan di dalam dewan tertutup, siling dewan hendaklah sekurang-kurangnya tujuh meter dan gelanggang hendaklah dipasang lampu yang terang dan sesuai bermain.

SEJARAH BOLA KERANJANG DI MALAYSIA

Seperti kebanyakkan permainan, bola keranjang juga adalah satu lagi sukan yang di bawa masuk dari negara luar ke negara kita. Bagaimanapun tidak ada catatan atau rekod kukuh atau nyata untuk membuktikan tarikh kedatangan permainan ini ke sini. Bagaimanapun adalah dipercayai bahawa bola keranjang diperkenalkan ke negara kita pada awal abad ke-20 oleh orang Inggeris. Penduduk tempatan yang melihat permainan ini kali pertama kurang berminat untuk bermain permainan ini. Namun begitu, ahli-ahli beberapa kelab rekreasi di beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur, Singapura, Ipoh, dan Pulau Pinang bermain permainan ini. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada orang Inggeris dan orang Cina.
Sambutan dingin dalam beberapa dekad awal bola keranjang diperkenalkan sehingga perang dunia kedua. Bagaimanapun selepas itu bola keranjang mula diperkenalkan ke sekolah-sekolah terutamanya sekolah Cina. Bagi memudahkan usaha mengembangkanpermainan ini ke merata tempat di negara ini, ditubuhkan persatuan khususnya permainan ini di peringkat kebangsaan. Penubuhan persatuan ini bermula pada awal tahun 1960-an. Persatuan ini dinamakan sebagai Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA). Dengan memudahkan usaha untuk mempopularkan permainan ini ke negeri-negeri di seluruh nagara dan lebih-lebih lagi menarik peminat di kalangan masyarakat bukan Cina. Langkah awal MABA ialah menganjurkan pertandingan antara negeri. Untuk menarik minat lebih ramai ahli sukan mengambil bahagian sebuah piala dihadiahkan oleh Yang Dipertuan Agong dinamakan sebagai Piala Agong menjadi piala rebutan. Pertandingan ini dimulakan pada pertengahan 1960-an.
Jika dilihat sambutan terhadap sukan ini secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa bola keranjang merupakan satu lagi permainan yang berjaya menarik sebilangan besar penduduk negara ini. Walau bagaimanapun kebanyakan daripada mereka yang menunjukkan minat pada sukan ini adalah merupakan kaum Cina.

Permulaan Bola Keranjang....


Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan YMCA dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permaianan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah bangunan.

Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai goal. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Justeru, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya basket ball.

Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan. Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut.

Selepas permainan experiment pertama, Naismith telah menyediakan draft peraturan pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, the Triangle pada 15 Janauri 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranajang mula dimainkan oleh pasukan YMCA, sekolah menegah, kolej, universiti, dan pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada.

Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium YMCA pada 20 Januari 1982. Hanya 9 orang pemain yang terlibat dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang cuma separuh saiz gelanggang NBA pada hari ini.

Pengenalan Bola Keranjang


Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata, dan setiap lontaran percuma bernilai 1 mata. Bola bola digerakkan di dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola-bola dikawal.